Rasanya cepat masa berlalu, malam ni tepat pada pukul 12 tengah malam rakyat Malaysia akan melangkah tahun baru 2011. Seperti sudah menjadi kelaziman malam tahun 2011 akan disambut di merata-rata tempat. Tempat pancaran bunga api dan pelbagai acara lain dengan harapan untuk memeriahkan lagi suasanan malam tahun baru. Realitinya malam inilah berlakunya pesta “buat anak haram“, mabuk-mabuk, rempit dan macam-macam lagi. Nak berseronok tiada salahnya, beringatlah. Jangan nanti “menangis di kemudian hari”.
Friday, December 31, 2010
Saturday, December 25, 2010
Polis Peronda PDRM Guna Kia Forte
Polis PDRM makin menjadi-jadi sekarang ini. Sebelum ini, mereka buat “impak” dengan menggunapakai Mitsubishi Evo 10. Tup-tup mereka mendapat “hadiah lagi” dengan diberikan peluang memandu kereta Kia Forte. Adakah selepas ini polis peronda PDRM akan menggunapakai Chevrolet Camaro pula? Hhahahah...tidak Mustahill.....
Proton Inspira takkan nak duduk diam sahaja? Tak tergugat ker? Proton tiada hajat untuk lakukan pengubahsuaian. Kalau nak dibandingkan dengan kereta peronda polis Mitsubishi Evo 10 yang PDRM miliki sebelum ini dengan Kia Forte, memang jauh panggang daripada api. Mitsubishi Evo 10 jauh lebih ke hadapan dan ada kelas tersendiri. Berapa tiang tertinggal kereta peronda Kia Forte dengan Mistsubhi Evo 10, entahla…….Mana tidaknya, Kia Forte bukannya dibangunkan untuk tujuan menghasilkan sebuah kereta berprestasi tinggi
Proton Saga dah dilupuskan. Pasukan polis dah tak guna Saga lagi. Walaubagaimanapun, kereta polis peronda PDRM yang terbaru ini iaitu, Kia Forte memang nampak “taringnya” dan kelihatan direka untuk tujuan aksi kejar-mengejar dan rempuh kereta penjenayah. Memang sesuai dipandu di sekitar bandar. Cuma satu sahaja, warna kereta polis dah carca-merba. Kejap putih, kejap hitam
Sunday, December 19, 2010
Dimanakan Ku Cari Ganti - Artis-artis gabungan KRU
Lagu yang aku rasa mantap untuk penutup tahun 2010, korang layan lahhhhh...
Dimanakan Ku Cari Ganti
Lagu yang aku rasa mantap untuk penutup tahun 2010, korang layan lahhhhh...
Dimanakan Ku Cari Ganti
Sunday, December 12, 2010
Lagu tenang untuk semua, Maher Zain
Maher Zain - Insya Allah Mp3Maher Zain - For the Rest of My Life.mp3
Maher Zain - Open Your Eyes.mp3
Maher Zain - Always be there.mp3
Maher Zain - Barak Allah.mp3
Maher Zain - The Chosen One.mp3
Maher Zain feat Irf - Allahi Allah Kiya Karo.mp3
Maher Zain - Thank you allah.mp3
Saturday, December 11, 2010
Dah terlalu lama aku tidak men-update aku punyer blog ni, hampir 1 thn lebih rasanya...
bukan apa, sibuk dengan fesssebuk (Kata anak aku) dan keje-keje seharian diopis mau pon dirumah.
Malam ni aku terasa nak mengaktif kembali alam blog memblog ni agar aku ini dianggap tidak ketinggalan zaman dan dikatakan kuno...hehhhe....
Baru - baru ini keluar isu baru yang begitu
mengecewakan aku dan sedikit sakit hati berkenaan dengan kenaikan harga minyak diMalaysia....walau pun 5sen tetapi bagi aku ia cukup membebankan bagi rakyat macam aku.....aku tak nak membebel banyak kt sini, cuma aku nak tunjuk senarai 10 negara harga petrol termurah dunia.

10. United Arab Emirates - RM1.22 Seliter
09. Bahrain - RM0.89 Seliter
08. Qatar - RM0.72 Seliter
07. Kuwait - RM0.69 Seliter
06. Libya - RM0.46 Seliter
05. Arab Saudi - RM0.39 Seliter
04. Iran - RM0.36 Seliter
03. Nigeria - RM0.33 Seliter
02. Turkmenistan - RM0.26 Seliter
01. Vanezuela - RM0.16 Seliter
Agak2 korang dimana kedudukan Malaysia???....kalau ada sumber...bagitau gua ok..
Selamatkan Malaysia dari lanun-lanun yang merompak secara HALAL.....
Sumber dari, http://beritasemasa.com/senarai-10-negara-dengan-harga-petrol-termurah-di-dunia
Subscribe to:
Posts (Atom)