Friday, July 10, 2009


Bandung, Seronok dan Memenatkan
Kota Bandung merupakan tempat yang dianggap oleh sesetengah orang sebagai syurga membeli belah, betolll...aku setuju....tanggal 4 jul 2009, jam 1.15pm(waktu malaysia) Indon lewat 1 jam... kaki aku menjejakkan ke tanah Bandung buat kali pertama dengan perasaan yang amat teruja dan semangat, bayangkan....sampai sahaja di lapangan terbang bandung...aku terus bertanyakan kepada Pak supir tempat-tempat menarik yang selalu dilawati oleh pelancong2 dari malaysia dan luar negara tanpa memikirkan yang aku masih belum check in hotel untuk sessi berehat dan meletakkan barang2 yg dibawa.
Hotel tempat aku Menginap selama 5 hari
Disini aku jadualkan hari pertama aku berada di Kota Bandung.
4 Julai 2009

1.30pm - Makan di Restoran Simpang Raya, Restoran ini menyajikan Masakan Padang yang mana lauk pauknyer memang menyelerakan dan sedapppp.....tapi awas, makanan yang dibawa banyak jenis dan akan dikira bayar setelah makanan itu disentuh sahaja walaupun ianya disentuh sedikit
.

2.30pm - 'Check in' di Naripan Hotel di jalan Naripan Bandung, Aku tak 'recommend' untuk diduduki kerana bilik dia teruk, berbau dan agak mahal sedikit kalau nak dibandingkan dengan hotel lain disekitar bandung.
3.30pm ~ kedai tutup (10pm) - Kedai pertama yang aku singgah ialah Toko Tiga, kedai ini menjual seluar jeans berjenama seperti Levi's, Wrangler, Polo, Lee Cooper dan macam2 lagi lah dengan harga yang agak murah beza +- RM100 jika nak dibandingkan dengan barangan yang sama di malaysia. Destinasi kedua adalah sekitar jalan Riau, dimana terdapat banyak factory outlet dan salah satu factory outlet yang popular adalah Heritage, yang lainnyer spt Summit, Cascade dan ada banyak lagi yang aku sendiri pon susah nak sebut.
Heritage Factory Outlet (recommended)

Cascade Factory Outlet (Bersambung dengan Heritage) The Summit Factory Outlet (Also Recommended)

5 Julai 2009

7.00am - Bertolak ke Bandaraya Jakarta, perjalanan dari Kota Bandung ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki kereta, itu pun jika perjalanan agak lancar, jika tidak ia boleh mencecah ke 4 jam sehala, itu cakap dari pak supir yang bawak aku kesana laaa....kalau tipu dia, tipulah aku...
10.15am - Sampai ke Bandaraya Jakarta, tempat pertama yang dilawati adalah di Tanah Abang, tempat membeli belah yang paling besar di Jakarta dan boleh dianggap sebagai pasar besar kalau di malaysia. Bagi aku tempat ini tak ada yang menarik pun, lebih kurang sama jer ngan kompleks warta Bangi cuma yang membezakan adalah tempatnya agak besar dan mempunyai 14 tingkat kesemuanya.
Kompleks Tanah Abang (Ilham dari Shahril Kadir Web Site)

2.15pm - Bergerak dari Tanah Abang menuju ke Mangga 2, Memakan masa lebih kurang 1 Jam, tetapi dalam perjalanan tersebut, ada kesesakan lalulintas sedikit, jadi perjalanannya mencecah ke 1 1/2 jam.
4.00pm - Sampai ke Mangga 2 shopping complex, keadaan disini lebih kurang sama dengan Tanah Abang, cuma baranganya lebih elok dan 'up to date' sedikit jika dibandingkan dengan
Tanah Abang. Sempat shopping beberapa barang disini. (Sorry gambar lupa nak snap)
8.00pm - Makan di satu restoran Jawa di sekitar Bandar Bandung yang agak cantik dan nyam an suasana nyer,dan selepas itu balik ke Hotel, terus tido....letih bangat...
Restoran Dapur Sangkuriang

6 Julai 2009
10.00am - Menuju ke Puncak Bukit 'Tangkuban Perahu' yang berada dikawasan pergunungan sekitar Bandung, mengambil masa +- 1 jam perjalanan dari hotel kami ke tampat tersebut. Tangkuban Perahu ini bermaksud Perahu Pecah kalau dalam bahasa malaysia kita, dimana tempat peninggalan sisa-sisa kawah gunung berapi yang paling dahsyat pernah berlaku di kota bandung sekitar tahun 1969 (itu pun Pak supir yang bagitau). Tempat yg cukup menarik untuk dilawati.

Kawasan Sekitar 'Tangkuban Perahu'

2.45pm - Turun dari Tangkuban Perahu menuju ke tempat makan tengahari, walau pun dah agak lewat, tapi perut tak terasa begitu lapar, mungkin kerana suasana di Tangkuban Perahu yang sejuk nyaman.
3.30pm - Tiba ditempat makan di Kampung Daun. Kawasan yang begitu indah dan menarik dengan suasana hutan dan air terjun yang nyaman dengan tempat duduk ala-ala 'japan style' siap dengan bantal membuatkan aku menjadi mengantuk dan nak tido.

Restoran Kampung Daun

Makanan Yang disediakan (Memang Lain dari yang lain)

6.30pm - Menuju ke Rumah Mode, satu lagi Factory Outlet yang menjual barangan yang 'Branded' seperti Calvin Klein, Paul Smith, Polo Ralph Lauren, Esprit, Guess dan banyak lagi yang biasa dikunjungi oleh pelancong dari malaysia atau dari luar, orang dari jakarta pun ramai yang datang terutama pada hari minggu untuk berbelanja.



Rumah Mode (Recommended)
Keletihan selepas puas berbelanja

10.00pm - Makan di restoran Bakso Malang Karapitan di Area Merdeka Arkade Factory Outlet dan selepas itu terus balik ke hotel untuk sessi berehat dan Tidurr.....