Sunday, February 10, 2008

Summerset Rompin





Mengantuk, letih, sakit sekalian badan dan otot-ototku....itulah yang aku dapat katakan terhadap badan aku ni....entah kenapa.
Mungkin seharian aku memandu....menempuh jalan yang penuh sesak, huh tak tahan rasanya.
Kalau nak ikutkan....aku nak tido jer sakarang ni....tapi....mmmmm... aku kena habiskan blog aku dulu utk hari ini.
Hari ini aku baru pulang dari rompin dimana kompany aku mengadakan hari keluarga disana, tempatnya memang cantik....indah ...nyaman, dan biliknya mmmm bertaraf 5 bintang beb.
Pengalaman pada hari pertama aku seronok tinggal disana..maklumlah semuanya serba baru lagi..barang2 makanan pun masih banyak...melayan karenah anak2 dan isteri ku yang comel-comel....fuh alangkah indah kalau setiap hari aku dapat selalu begini....tapi aku sedar siapa diriku...aku tidak mampu utk selalu begini...ini pun mengharapkan kompany aku yang sponsor...kalau tidak....tak dapet den nak nolong....terima kasih NIOSH
Masuk hari kedua, aku dah mula merasa bosan...entah kenapa, mungkin stok rokok aku dah habis kot...hehehehe....atau mungkin stok makanan aku dah kehabisan dan secara kebetulan, perut aku berbunyi2 menandakan aku memerlukan sesuatu utk diisi kedalam perut aku.....arggghhhhh....malang nasibku, tak ada makanan ringan disekitar hotel yang aku duduki itu...cam mana ni....aku bertanya pada staff hotel tersebut tentang keinginan aku ini...tetapi jawapan yang aku dapat agak mengecewakan sedikit bagi diriku walaupun harapan itu terbuka luas.
Mata aku ngantuk...aku nak tido dulu.......sambung esok.




Aku terpaksa keluar dari hotel sejauh 20km dengan perjalanan mengambil masa kira-kira 16 minit semata-mata kerana ingin mencari sekeping roti canai dan sekotak rokok, itu pun sehingga jam 11 malam sahaja....lepas jam 11, pekan rompin sunyi, sepi, mati....tiada aktiviti lagi selepas itu.
Aku yang sudah terbiasa dengan aktiviti makan ringan di malam hari menjadi tidak begitu selesa dengan situasi begini menyebabkan aku 'melangok' sahaja didalam bilik hotel yang mana 2 biji lampu x menyala....puas aku menelefon pihak hotel utk membaiki...tapi hasilnya kecewa.....malang sungguh servis yang diberikan kepada ku.....nasib badannnnn.... sambil ditemani anak-anak dan isteri, nasib baik isteri ku dapat melayan dengan menyiapkan 'sandwich' kepada aku....kalau tidak lopong lah aku melayan tv dengan perut berdondang sayang kelaparan.....




Hari ketiga, aku agak ceria sedikit kerana semua kawan-kawan ku datang, ada berkonvoi, ada sendiri dan ada yang manaiki bas....apa yang mereka naiki....itu tak penting bagi aku....yang penting semua member sekerja aku sudah sampai...nak-nak kepala yang giler ...ehheheh kumpulan cornea ler tuuuu....
Dalam 10 kumpulan yang mengambil bahagian, Aku ditempatkan ke dalam kumpulan 2 iaitu de' jering....kumpulan yang boleh dikatakan ada potensi untuk menang bagi kesemua acara yang diadakan, tapi malang...dalam 3 acara yang dipertandingkan, hanya satu acara sahaja kumpulan aku mendapat juara iaitu acara terompah gergasi....yang lain hanya sekadar ok jer.....kalau ok tu bermakna menang tidak, kalah pun tidak.....heheheh....
Tidak disangka, rasa terkejut pun ada, rasa tak percaya pun ada dan yang paling penting rasa bangga pun ada kerana dalam 10 kumpulan itu, kumpulan aku mendapat tempat ke 2 mengalahkan kumpulan-kumpulan lain...fuh hebattt...tapi aku kesian melihat kumpulan kawan cornea aku berada ditangga yang tercorot sekali.....huhuhuhu...sedih beb....sorry aaa lain kali try baik-baik ok....Jumpa lagi di Family Day NIOSH 2008....Chowwwww