Thursday, June 5, 2008

Minyak Oh Minyak.....

Wah.. petang tadi lepas pengumuman Dolah bila kata harga minyak petrol naik 78 sen, nak gelap mata aku dibuatnya. Giler haper ni? Well, ni kali ke-7 Dolah naikkan harga minyak semenjak tahun 2004. Alasannya? Korang leh baca semula entry yang pernah aku tulis masa minyak naik 30 sen pada tahun 2006 dulu. Tak jauh beza. Eh! Rasanya baru semalam dan dua tiga hari lepas pemimpin-pemimpin Islam Hadhari ini berkata jangan percaya spekulasi bahawa harga minyak akan naik kan?!
Sebulan yang lepas heboh pasal demonstrasi rakyat indonesia membantah harga minyak di sana naik kepada RM1.90. Ini kita? Nah ngko... naik terus ke RM2.70. Sempat aku maklumkan kat memember dalam YM list aku suh diorang tuang minyak sebelum kul 12. Bukanlah leh selamat dari pengaruh kenaikan minyak pun. Cuma at least leh la survive untuk 2,3 hari dengan minyak yang ada dalam tank tu. Ada sorang mamat reply message aku

Takper.. aku tak kisah.. aku dah kaya! hahahhaa - Bangang punya olang...
Perghh!! Selama ni aku ingat income 5-digit aku dah cukup banyak. Sedangkan itu pun aku still terkesan dengan kenaikan minyak kepada RM2.70 seliter nih. Tapi dia dengan riaknya boleh cakap macam tu. Adakah dia ni salah seorang dari pegawai-pegawai kerajaan kelas 1 yang perbelanjaan minyak mereka ditampung sepenuhnya dengan wang rakyat? walau apa pun dan saper pun dia, malah walau setinggi mana pun income dia, bila dia jawab macam tu, nampak sangat kebodohannya. Takper. Orang bodoh kita kena maafkan. (Aku dah delete pun dia dari list YM aku dan dah set ignore pun. Malas nak layan dak bangang cam ni lagi dah).
Dan hari ni jugak aku menghabiskan masa 2 jam beratur sepanjang 3 rantai (3 rantai ni dalam lebih kurang 5 tiang letrik jauhnya). Bukan nak mendapatkan tiket Konsert, tapi sebab nak beli minyak. Hala balik, aku tengok jammed dah jadik dekat 2 kilometer dari petronas. Mati lah saper yang beratus ni bila sampai2 kat petrol pump, minyak dah habis. Ada sebijik Esso kat sini, awal-awal dah tutup kedai. Tak tahulah samada betul-betul minyak dia dah habis, atau sengaja dia nak simpan untuk esok supaya leh jual dengan harga baru.


Salah ke kalau aku kata minyak naik sebab lemahnya kerajaan mentadbir sumber kewangan negara? Well... pada pyokong-pyokong BN, tak perlu nak jelaskan pada aku kenama kerajaan 'terpaksa' mengurangkan subsidi.. tak perlu cerita pasal beban subsidi 56billion dan sebagainya. Cukuplah korang bodoh untuk menerima statistik-statistik yang macam tu. jangan nak bodohkan aku sekali sudah. Anyway, masing-masing preparelah untuk penarikan sepenuhnya subsidi minyak selepas ini. Beerti kita mungkin akan membeli minyak petrol dengan harga RM4 seliter pulak lepas ni. Stoplah dari berikan alasan harga minyak dunia naik sebagai alasan sebab dari dulu sampai sekarang aku tak reti-reti nak cari dimana rasionalnya. Kalau aku tanam padi, dan harga padi naik, sudah pasti akulah orang yang paling bahagia atas muka bumi ni. Dn dah pastinya sedara mara aku bagi beras percuma jer. Kenapa pulak bila harga padi naik, sedara mara aku terpaksa bayar lebih pulak?
Kenapa Indonesia yang penduduknya mencecah 219 juta orang tu boleh beri subsidi lebih dari apa yang kerajaan kita mampu bagi sedangkan kononnya tahap ekonomi kita jauh lebih bagus, sumber bahan mentah kita jauh lebih banyak dan penduduk kita masih tak sampai 30juta orang pun lagi? Arghhhh!!
Nak tahu cerita kelakar? Kononnya nak mengurangkan kemarahan rakyat, Dolah ni nak bagi rebet pada pengguna kerajaan. Pada orang yang naik kereta bawah 2000cc, dapatlah RM625 bila korang renew roadtax tahun depan. Kalau motosikal pulak, dapat RM120. Macam mana diorang nek meng-implementasikannya, aku pun tak tahulah. Katanya bayaran akan dibuat melalui wang pos. Kelakar kan? Lebih kelakar bila dia treat kita ni macam kita ni buta matematik.
Minyak naik 78sen seliter. Katakan sehari kita guna 10 liter sehari, sebulan dah 300 liter. Beerti kenaikan yang kita tampung sahaja telah mencecah RM234 sebulan. Jika setahun, jumlah kenaikan dari harga asal yang kita tampung ini adalah sebanyak RM2,808 (beerti RM3,720 belanja minyak kalau purata 10 liter sehari). Ini tak termasuk urusan lain seperti nak balik kampung, keluar bercuti dan sebagainya. RM625 setahun leh pujuk rakyat ker?
Bagaimana agaknya kerajaan boleh come out dengan keputusan macam ni? Senang... Bila orang tu tak pernah rasa macamana keluarkan duit dari poket untuk tuang minyak (dan kalau ada pun, hujung bulan leh isi borang claim, siap leh claim lebih pulak tu lagik), tak pernah rasa bayar tol, tak pernah rasa macamana nak menjalani hidup dengan gaji RM800 sebulan... (pendapatan per kapita malaysia berapa? RM1400? RM1800? Tak kisah lah. Sebab bagi aku gaji RM2000 sebulan pun skang ni belum tentu boleh survive kat KL ni). Dari sekaya-kaya manusia hinggalah semiskin papa kedana terpaksa menerima harga baru ni!
Kenapa orang kita tak serik-serik main skim cepat kaya? Main piramid scheme? Yang sebenarnya sebab kerajaan lah. Ini wah... bila orang main skim cepat kaya, bukan main lagi marah. Kononnya tiada jalan singkat untuk cepat kaya... kena berusaha... well datuk... kalau orang tu ada degree sekalipun, gari dia baru RM1,500 ke RM1,800. Lagi nak mengadap harga minyak macam ni. Bayangkan kalau kita cuma belajar takat SPM. Kerja kilang, atau kerani cabuk dengan gaji Rm700-RM800 sebulan. Bagaimana lagi agaknya kita nak usaha untuk setanding dengan orang lain? Lantaran itu ramai yang memilih jalan short-cut. Bukan mereka tak tahu risikonya. Tapi ada kah lagi jalan lain?

Hai... melingkup la cepat kerajaan yang ada. Moga Allah dapat gantikan dengan kerajaan yang lain pulak. Selama ni kita ditakut-takutkan dan dimomok-momokkan kononnya kalau kerajaan bertukar tangan, huru-hara Malaysia ni. Betul ker? Tapi masih takde bukti kan? Yang aku tahu erajaan yang sedia ada yang banyak rekod memporak perandakan rayat skang nih.