Wednesday, February 6, 2008

Susah betul


Susah betul rasanya aku nak mula blogging ni, berat jariku nak menaip abjad-abjad di laptop aku ni.
Jiwa kacau. Banyak benda bermain di minda. Aku fikirkan semula apa niat aku adakan blog ini sebenarnya. Aku pertimbangkan apa yang penting bagi hidup aku. Adakah sekadar mahu berkongsi informasi dan lagu-lagu yang cilok ataupun mahu meransang perbincangan sihat. Pada usia aku yang meningkat ni, sanggupkah lagi aku nak melayankan karenah orang-orang yang sengal dan selalunya anonymous.Aku bukan seorang yang senang marah but i know i have a mean streak in me bila i am pushed into a corner. Saya tak suka berdendam atau menyimpan benci di dalam hati, kerana 'Benci' itu membuat kita jadi orang yang kecil dan tidak dapat maju di dalam hidup kita. Tak memberi reaksi emosi bukan bermakna aku tak kisah. Aku cuma lebih suka memikirkan jalan penyelesaian daripada memberi fokus kepada masaalah atau cemuhan itu sendiri.



Apa dah nak jadi dengan negara aku sekarang ni. Aku cinta negaraku. Tapi aku rasa dah makin tak selamat, terutama sekali bagi anak-anak kita. Aku ingat dulu, mak bapak aku benarkan aku explore dunia ni... dengan bermain di padang tanpa kawalan mereka, jalan-jalan di pasar malam itu salah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi kami sebagai kanak-kanak. Tahun baru disambut dengan berita yang mengacau ketenteraman jiwa, benazir bhutto dibunuh, satu lagi anak kecil 'Sharlinie' hilang, hindraf, bersih dan segala macam ancaman rusuhan, menteri kesihatan kena skodeng, Lingam dan handphonenya, faizal tahir bukak baju dan macam -macam lagi peristiwa yang melanda negara aku skarang ni. Kalau nak cerita, berpuluh page pun x habis aku rasa.

Kadang-kadang aku berfikir adakah semakin maju negara kita ni, semakin jahanam perangai penduduknya ataupun memang selama ni dah jahanam cuma sekarang ni baru keluar media dan baru sampai kat telinga kita, ATAUPUN kita telah menjadi orang yang suka mencari keburukan orang lain dan lupa untuk menggunakan masa kita dengan bersyukur kepada tuhan kerana pemberiannya.

Kalau kita asyik fokus pada benda buruk aje memang dah takde maknalah usaha kita didunia ni. Jadi, walaupun masih peka pada apa yang berlaku, aku akan memberi fokus kepada benda-benda yang positif dan insya'allah aku akan dapat ketenangan dan keceriaan. Insyaallah.




Selamat cekalkan hatimu wahai kawan-kawanku dan ku pberpesan pada diri aku, buangkan perangai-perangai yang dianggarkan sebagai tidak baik. Kembali kepada jalan yang lurus semoga hidup kita sentiasa membawa seri dan keceriaan sepanjang hari, sepanjang tahun dan buat selama-lamanya.
Susah betul rasa nak mula blogging tahun ni. Tapi sekarang aku dah mula. Aku akan terus .....Insyaallah.