Mak aih. Terkejut beruk kami baca satu statistik pasal bayaran yang diterima oleh penyanyi Malaysia untuk 1 jam punya nyanyian. RM70 ribu tue beb. Dekat 5 tahun punya gaji dia boleh dapat dalam masa 1 jam je. Ish-ish. Sungguh tak adil dunia nie.
Eh terlupa plak nak cakap sapa penyanyi tue. Sudah tentulah Dato’ Siti Nurhaliza. Penyanyi nombor 1 Malaysia. Tapi bukan dia sorang je yang dapat bayaran mahal-mahal nie. Ramai lagi yang not bad jugaklah diorang dapat. Memang pasnie kalau dapat anak nak suruh dia menyanyi jerlah. Kaya tak hingat tue.
Jom kita ushar baper ribu ringgit penyanyi-penyanyi Malaysia nie dapat setiap kali nyanyi:-
Dato’ Siti Nurhaliza* RM45,000 for a 30-minute show* RM70,000 for a one-hour show
Dato’ Sheila Majid* RM35,000 for a 30-minute show * RM55,000 for a one-hour show
Anuar Zain* RM25,000 for a 30-minute show * RM55,000 for a one-hour show
JACLYN VICTOR* RM18,000 for a 30-minute show * RM30,000 for a one-hour show
Patutlah ramai orang beria-ria nak masuk AF la, One In A Million la, LG Starz la. Memang kaya gila rupanya. Ada sapa tau bila audition untuk AF 8 nak start? Nak cuba nasib nie. Nak jadi kaya punya pasal. Hehehe
Wednesday, September 30, 2009
Monday, September 14, 2009

Assalamualaikum
Sempena Ramadhan Al-Mubarak bulan yang mulia ini, jernihkan hati dan jernihkan perhubungan, isikan hati dengan keindahan bulan dan keimanan. Jika saya ada silap dan salah dalam tulisan di blog ini harap dimaafkan
Mereka yang berjaya adalah mereka yang kuat imannya. Sama-samalah kita berjuang semoga sambutan HARI RAYA AIDILFITRI nanti akan lebih bermakna!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Sekian.....
ikhlas dari
Sky
Tuesday, August 18, 2009

Video2mp3 adalah web converter video dari YouTube ke mp3.Cara convert amat mudah hanya perlu masukkan url video yang korang inginkan mp3nya,pilih quality audionya dan klik convert.Dalam beberapa minit korang boleh download mp3 yg telah diconvert.
Convert video ke mp3 - Video2mp3(klik sini)
Sunday, July 19, 2009
Thursday, July 16, 2009
Serpihan Rindu – Iklim
Dari Album Perginya Satu Tanda
Doa yang telah kukirimkan
Tanda Ingatan Ku Pada Mu
Yang Tetap Terus Merindu.....
Puisi Cinta Berbaur Rindu
Moga Hilanglah Segalanya
Gundah Pilu dan Rindu...di Hatiku
Sanggup mempersendakan cintaku
Manis setia yang telah kutaburkan
Racun pula yang telah kau siramkan
Bersama sebak didada....
c/o
Dan mengharapkan kasih mu pada ku
Biarlah aku pergi mencari rindu ini
Bersama serpihan jiwa yang lara
Walau pun tetapkan ku terluka
Mencari cinta tulus dan setia.....
Puisi Cinta Berbaur Rindu
Moga Hilanglah Segalanya
Gundah Pilu dan Rindu...di Hatiku
Bersama sebak didada....
Ooooooooooo.....oooooooo....
Tuesday, July 14, 2009
Friday, July 10, 2009
4 Julai 2009
1.30pm - Makan di Restoran Simpang Raya, Restoran ini menyajikan Masakan Padang yang mana lauk pauknyer memang menyelerakan dan sedapppp.....tapi awas, makanan yang dibawa banyak jenis dan akan dikira bayar setelah makanan itu disentuh sahaja walaupun ianya disentuh sedikit.
Cascade Factory Outlet (Bersambung dengan Heritage)

7.00am - Bertolak ke Bandaraya Jakarta, perjalanan dari Kota Bandung ke Jakarta mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan menaiki kereta, itu pun jika perjalanan agak lancar, jika tidak ia boleh mencecah ke 4 jam sehala, itu cakap dari pak supir yang bawak aku kesana laaa....kalau tipu dia, tipulah aku...

4.00pm - Sampai ke Mangga 2 shopping complex, keadaan disini lebih kurang sama dengan Tanah Abang, cuma baranganya lebih elok dan 'up to date' sedikit jika dibandingkan dengan Tanah Abang. Sempat shopping beberapa barang disini. (Sorry gambar lupa nak snap)
10.00am - Menuju ke Puncak Bukit 'Tangkuban Perahu' yang berada dikawasan pergunungan sekitar Bandung, mengambil masa +- 1 jam perjalanan dari hotel kami ke tampat tersebut. Tangkuban Perahu ini bermaksud Perahu Pecah kalau dalam bahasa malaysia kita, dimana tempat peninggalan sisa-sisa kawah gunung berapi yang paling dahsyat pernah berlaku di kota bandung sekitar tahun 1969 (itu pun Pak supir yang bagitau). Tempat yg cukup menarik untuk dilawati.
3.30pm - Tiba ditempat makan di Kampung Daun. Kawasan yang begitu indah dan menarik dengan suasana hutan dan air terjun yang nyaman dengan tempat duduk ala-ala 'japan style' siap dengan bantal membuatkan aku menjadi mengantuk dan nak tido.
Rumah Mode (Recommended)
Keletihan selepas puas berbelanja
Sunday, March 29, 2009
Azan
ADAB MENDENGAR AZAN
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' . Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. ' Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri. Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. 'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' semasa sakaratul maut menghampiri kami...
Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini...
Subhanallah...
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutn ya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.Allahu Akhbar!